Pages

Friday, 17 June 2011

PERCUMA: Tips Cara Bijak Atur Ruang Sempit (Siri III)

1O tips yang seterusnya:

O21** Elakkan menggunakan kelengkapan yang bersaiz besar, serabut dan rumit. Tentukan keluasan ruang adalah bersesuaian dengan saiz, rekabentuk dan jenis kelengkapan yang bakal menghiasi ruang.....

Pilih kelengkapan yang ringkas dan tidak serabut.


O22** Pemilihan perabot yang sesuai dan aksesori banyak mempengaruhi penampilan ruang. Sekiranya ruang sempit ditempatkan dengan perabot kayu sarat berukir atau set sofa bersaiz besar, pasti ruang tampak sendat dan sarat. Sebaiknya gunakan perabot berpotongan ringkas dengan pilihan rona warna cerah untuk keseimbangan.

Konsep "Modern Minimalist" adalah lebih sesuai diterapkan di kediaman yang sempit


O23** Susun atur perabot untuk ruang sempit haruslah sederhana agar masih wujud ruang untuk pergerakan. Susun atur secara berdekatan dan tidak merapatkan kedudukan sofa atau kerusi berlengan ke dinding.

O24** Gunakan perabot daripada kaca telus atau keluli tahan karat untuk penampilan perabot yang lebih kemas dan ringkas.

O25** Perabot yang keemasan berkilat adalah tidak sesuai ditempatkan pada ruangan yang sempit.

O26** Sofa pilihan perlu bergaya ringkas. Tidak perlu menempatkan sofa 3+1 tempat duduk. Sebaiknya letakkan sofa 3 atau 2 tempat duduk dan masing-masing digandingkan dengan dua kerusi berlengan atau bangku ottoman.

O27** Meja sisi tidak perlu bersaiz besar. Kedudukannya perlu berada di antara dua kerusi berlengan.

O28** Saiz meja kopi tidak boleh terlalu besar atau lebar kerana ianya akan melibatkan lebih banyak penggunaan ruang. Sebaiknya tempatkan meja kopi berbentuk empat segi tepat.

O29** Pilih perabot dwifungsi dengan padanan warna yang sama untuk ruang lebih indah dan menawan.

Pemilihan perabot dwifungsi adalah sesuai bagi ruang sempit

Kelengkapan dwifungsi menjimatkan ruang dan praktikal


O30*** Unit beroda atau perabot mudah alih membantu anda mengubah kedudukan apabila perlu. Anda tidak perlu menempatkan perabot yang telah siap dipasang roda. Anda hanya perlu lakukan dengan mencari ukuran roda yang sesuai dengan reka bentuk dan saiz perabot dari kedai-kedai perkakasan binaan. Pastikan roda yang digunakan mempunyai sistem kekunci.





2 comments: