Pages

Sunday, 15 May 2011

PERCUMA: Tips Ruang Penyimpanan Bijak Di Ruang Dapur Anda

Semakin besar permukaan kerja, semakin banyak ruang penyimpanan yang boleh dibina di bawahnya. Selesai merangka kedudukan sink, peti sejuk, dapur serta ketuhar, ruang berlebihan di bawah permukaan kerja boleh diguna membentuk ruang penyimpanan barang kerja jika mengharap ruang almari sahaja tidak mencukupi untuk menyimpan kelengkapan dan peralatan dapur.


Baik kabinet unit dasar mahupun unit gantung, ianya menawarkan penyelesaian berhubung isu kekurangan ruang penyimpanan di dapur menerusi kaedah penyimpanan yang bijak.

Kaedah penyimpanan bijak seperti yang ditawarkan oleh kebanyakkan syarikat pengeluar kabinet dapur sebenarnya memberi banyak kelebihan, khususnya dari segi penjagaan dan kebersihan ruang sekaligus memastikan permukaan kerja di ruang dapur tidak bersepah dengan aneka barangan tertentu kerana semuanya sudah memiliki ruang penyimpanan sendiri.


Sekilas pandang, kita mungkin tidak menjangka sesebuah ruang dapur yang dilengkapi sistem penyimpanan yang bijak ini menyimpan sebegitu banyak kelengkapan dapur. Tetapi apabila ditarik setiap pintu kabinetnya, barulah terserlah beraneka kelengkapan dapur tersusun kemas di dalam setiap ruang khas yang disediakan melalui sistem ini.

Pengguna boleh memperuntukkan laci tertentu untuk menempatkan setiap kelengkapan. Contohnya, barangan dalam botol dan tin boleh disimpan di dalam kabinet kecil jenis sorong yang biasanya ditempatkan di bahagian kabinet unit dasar. Selain itu, pengguna juga boleh mewujudkan kabinet tinggi jenis sorong yang didalamnya menempatkan beraneka barang kering lain. Kebanyakkan pintu kabinet jenis sistem penyimpanan bijak ini tidak lagi dibuka menghala ke luar tetapi laci dan kabinetnya dibuka secara sorong dan tarik, manakala pintu kabinet unit gantung pula boleh dibuka menerusi dua cara sama iaitu dengan menolak ke atas bagi pintu biasa atau berbentuk pintu garaj kereta (roller-shutter) yang disorong tarik dari atas.


Panduan Ringkas Membentuk Ruang Penyimpanan

  • Bagi ruang dapur kecil dan sempit, anda boleh mewujudkan lebihan ruang penyimpanan dengan membina kabinet unit gantung lebih tinggi. Jadi tidak perlulah anda membesarkan saiz dan ruang kabinet yang boleh menampakkan ruang dapur anda lebih sempit. Hakikatnya ruang dapur nampak lebih luas dan kepala anda juga tidak terganggu dengan kehadiran kabinet yang besar ke hadapan.
  • Setidak-tidaknya satu laci dapur mesti berisi pelbagai barangan remeh seperti pen, butang, mancis dan beg plastik mengisi makanan. Sebaiknya pilih sistem penyimpanan bijak yang menyediakan beberapa petak kecil khusus untuk menyimpan barangan seperti ini.
  • Susun setiap kelengkapan barang dapur berhampiran anda bagi memudahkan anda mencapainya bila perlu.




No comments:

Post a Comment