Pages

Sunday, 1 May 2011

PERCUMA: Tips Merancang Ruang Dapur Selesa: Mengenal Pasti Keperluan Anggota Keluarga.

Adalah penting bagi anda menyenaraikan anggota keluarga yang kerap ke dapur dan sama-sama menggunakannya. Antara anggota keluarga yang harus disenaraikan di tempat teratas ketika menyediakan keperluan di dapur ialah kanak-kanak, golongan tua, ahli keluarga yang kurang upaya dan yang menghidap penyakit saraf seperti arthritis. Reka bentuk dapur serta peralatannya harus dipastikan memberi kesenangan kepada golongan ini. Selain itu, anda juga perlu menimbangkan beberapa maklumat yang berkaitan, seperti:

1. Bilangan yang kerap membantu menyediakan makanan -  jika lebih daripada tiga orang berada di ruang dapur pada satu-satu masa, anda disyorkan menyediakan ruang dapur yang bukan hanya berfungsi sebagai ruang memasak semata-mata, tetapi dapat juga dijadikan tempat sementara untuk menempatkan hidangan panas, memuatkan meja kerja untuk menulis atau merujuk resipi selain boleh digunakan sebagai tempat menyediakan bahan untuk memasak. Memiliki ruang penyimpanan bijak adalah satu bonus kerana dapat memastikan kelengkapan memasak disimpan dengan kemas dan teratur.

2. Jumlah anggota keluarga -  bagi keluarga yang besar, sebaiknya bina ruang dapur dan ruang makan berasingan untuk mengelakkan kesesakan ruangan dapur.

3. Ukuran ketinggian anggota keluarga -  ukuran ketinggian diperlukan dalam merancang pemasangan hud dan kabinet. Jika ada dikalangan keluarga anda yang berkerusi roda, maka menjadi tanggungjawab anda menyenangkan mereka memasak, mencapai makanan, bergerak menerusi binaan kabinet dan hud yang sesuai ukuran ketinggian mereka.

4. Purata umur keluarga -  maklumat ini berguna untuk menyediakan keperluan dan kelengkapan ruang dapur yang selamat untuk diguna.

5. Gaya hidup keluarga -  pilih konsep ruang dapur yang menepati dan dapat diterima oleh anggota keluarga.


No comments:

Post a Comment