Pages

Thursday, 19 May 2011

PERCUMA: Tips Membersih Permukaan Kerja (Table Top)


  • Laminat - semua jenis laminat boleh dibersihkan dengan hanya mengelap menggunakan kain basah dan pencuci lembut. Namun, ketika membersihkannya, jangan menggunakan terlalu banyak air kerana ini boleh melemahkan bahagian sambungan dan birai di tepinya.


Permukaan Laminat adalah mudah untuk dibersihkan.


  • Kayu - untuk menghilangkan tanda calar, anda hanya perlu menggosok permukaan kerja yang diperbuat daripada kayu dengan kertas pasir. Kemudian bahagian kayu yang tidak dirapi bolehlah disapu dengan selapis minyak galian seminggu sekali, manakala bagi permukaan kayu yang sudah dikemaskan, hanya perlu dibersihkan menggunakan kain basah dan sedikit pencuci untuk menghilangkan segala kekotoran.

Permukaan kayu yang telah dikemaskan hanya perlu dibersihkan dengan menggunakan kain basah.

  • Jubin - jika gemar membuat kuih dari tepung pastinya ada sisa yang tertumpah di atasnya. Jesteru itu, ambil berus gigi lama dan gosok bahagian sambungan permukaan kemasan jubin. Lazimnya permukaan kerja daripada jubin mudah dibersihkan dengan hanya menggunakan span dan segala kekotoran boleh hilang. 

Membersihkan Permukaan Kerja Diperbuat Daripada Jubin

  • Batu Semulajadi - Lap bahagian yang kotor dengan kain basah sebelum dilap pula dengan kain bersih untuk menggelakkan ada kesan tompokan warna.

Contoh Bahan Pembersih Untuk Permukaan Kerja Diperbuat Daripada Batu Semulajadi - Granite 
 
  • Bahan Padu - licin dan mudah dibersihkan. Untuk menghilangkan sebarang kekotoran hanya ambil kain basah dan air bersabuh serta lap di atas permukaan berkenaan.

Ruang Dapur Tampak Mewah Dengan Pengunaan Permukaan Kerja Daripada Bahan Padu Dan Proses Pembersihan Yang Kerap. 

No comments:

Post a Comment