Pages

Monday, 16 May 2011

PERCUMA: Tips Kemasan Pintu Kabinet

Pintu Kabinet melambangkan wajah keseluruhan binaan berkenaan. Maka itu pemilihan bahan untuk melengkapkan pemasanganya sangat penting kerana umumnya, kabinet dapur akan kekal buat beberapa lama sebelum penghuni bercadang menggantikan dengan yang baru. Biar apa pun juga jenis bahan yang digunakan bagi membuat pintu kabinet, pastikan anda mengambil kira soal ketahanan dan juga tidak cerewet dalam soal penjagaan.

Lazimnya bahan untuk membuat pintu kabinet lebih diutamakan berbanding pemegangnya. Ini kerana pemegang akan menyusul sesudah bahan membina kabinet dipilih. Jesteru itu, sebolehnya anda disarankan membandingkan jenis bahan yang lazim digunakan membina kabinet bagi mengenal pasti jenis yang sesuai dan menepati keperluan pembinaannya di ruang dapur.

KAYU

Jika kayu menjadi pilihan, apakah jenis kayunya? Adakah tergolong dalam kategori kayu padu atau lapisan venir? Ramai juga yang gemar menggunakan pintu kabinet dapur daripada kayu kerana penampilannya membawa kesan semulajadi di ruang dapur. Lazimnya, kayu jenis kembang semangkok, kayu getah dan nyatoh lebih disukai. Jika keseluruhan pintu kabinet itu diperbuat daripada kayu padu, harganya lebih mahal berbanding venir atau bod tatal. Namun, harga bukanlah faktor utama yang perlu diberi perhatian sewaktu pemilihan pintu kabinet dapur, kerana ada perkara yang lebih penting. Kayu mudah dipengaruhi perubahan cuaca. Bagaimanapun pengeluar kabinet berusaha mengatasi masalah ini dengan membina pintu kabinet dapur menggunakan jaluran kayu yang digam bersama atau membuat rangka luar dapur dan membiarkan bahagian tengahnya seperti terkeluar sedikit kerana cara ini boleh mengatasi masalah berkaitan proses kembang kuncup kayu.

Semua spesis kayu padu adalah hasil alam yang mempunyai aneka warna, ira dan kepadatan semulajadi. Perbezaan tanah dah suhu menyebabkan bahan galian yang diserap, perjalanan sap dan ira setiap kayu juga saling berbeza di antara satu sama lain. Menariknya, sifat kayu dan warnanya yang beraneka akibat terdedah pada cahaya matahari selain perubahan usia, membuatkan anda tidak mungkin memperolehi kabinet berwarna serupa.
Wood Kitchen Cabinet Colours

Wood Kitchen Cabinet Door

MELAMIN

Adalah sejenis sebatian kertas poli vinyl (poly vinyl compound paper) yang menyaluti bod tatal. Melamin lebih teguh berbanding produk kayu asli kerana lapisan melamin dapat menghalang air daripada meresap ke dalamnya, sekaligus mampu mengatasi masalah pembiakan bakteria pada bahan berkenaan. Bod tatal berasal daripada kandungan tatal kayu yang dipadukan menggunakan damar bertekanan rendah. 

Bagaimanapun kemajuan teknologi kini turut meningkatkan teknologi penghasilan damar dan gam dalam pembuatan permukaan dalaman perabot kayu buatan manusia, samada permukaannya disaluti warna padu ataupun tona ira kayu.

Melamin termoset iaitu sejenis yang tidak boleh dilembutkan selepas dibentuk dan dilekapkan di kedua-dua belah bod tatal adalah antara pilihan paling bermutu. Melamin ini sangat kuat dan tidak mudah bercerai, menggeleding atau terkopak. Licin tetapi teguh menyebabkannya tahan calar dan kalis pada bahan kimia.

Bahan kemasan kabinet buatan manusia ini dikatakan lebih kukuh daripada kayu dari segi kekuatannya, meliputi segenap bahagian, stabil dan permukaannya tidak mudah retak.

Melamine Colours

Melamine Kitchen Cabinet

BAHAN LAIN

Jika anda memilih untuk menggunakan sejenis bahan sahaja bagi dipasang di ruang dapur yang besar, pastinya keseluruhan pemandangan menjemukan juga. Jesteru itu, gabungkan bahan lain seperti kaca telus atau kaca berkabut tetapi masih menampakkan ciri keterbukaannya. Penggunaan pintu kabinet kaca telus, sama ada di ruang dapur berkonsepkan tradisional atau moden tetap menawan, manakala kaca berkabut lebih sesuai untuk ruang dapur bergaya semasa.

Bod Gentian Berketumpatan Sederhana (Medium Density Fiberboard - MDF) yang diperbuat daripada gentian kayu yang dipadatkan antara bahan kemasan yang kerap juga digunakan untuk membuat pintu kabinet dapur. Kos penghasilannya sangat mahal dan bahan ini lebih berat daripada bod tatal tetapi mudah dibentuk.

Dalam pada itu, lapisan laminat yang sering digunakan untuk membuat pintu kabinet adalah jenis laminat plastik bercorak. Laminat diperbuat daripada sekeping kertas bercorak yang direndam sama ada dalam satu atau beberapa damar aminik untuk menutupi struktur permukaan sokongan daripada bod tatal (bagi laminat bertekanan rendah). Sementara itu, bagai kepingan kertas kraf pula, cara penyediaan dibuat dengan merendamkannya ke dalam damar phenolic untuk menghasilkan laminat bertekanan tinggi.


MDF Kitchen Cabinet Colours
MDF Kitchen Cabinet


No comments:

Post a Comment