Pages

Saturday, 28 May 2011

PERCUMA: Merancang Penampilan Bilik Air Anda: Kertas Dinding dan Sempadan

KERTAS DINDING DAN SEMPADAN.

Menggunakan satu atau dua gulung kertas dinding atau kertas sempadan selalunya memadai untuk sebuah bilik air. Bagaimanapun, pastikan kertas dinding dan kertas sempadan yang dipilih itu adalah jenis vinil yang kalis air.

Di ruang basah, memadai menggunakan kertas sempadan yang dipasang pada bahagian atas kertas dinding. Biarpun kalis air, elak pasang pada tempat yang kerap terkena percikan air kerana ini bukan sahaja akan menjejaskan seri kemasan, bahkan mungkin akan cepat merosakkan kertas dinding dan sempadan yang dipasang.

Di ruang kering, kertas dinding mahupun kertas sempadan boleh dipasang di kawasan bawah atau tengah dinding. 

Seandainya ingin menonjolkan kemasan kertas dinding di dalam bilik air, sebaiknya rancang pemasangannya di bahagian bilik air yang mempunyai tempat mandi yang terlindung. Pasang kemasan berkenaan di mana-mana bahagian ruang kering. Bagi kertas dinding biasa, sapu dengan lapisan bahan kalis air sebelum digunakan di bilik air.


Pemasangan Kertas Dinding Untuk Konsep Ruang 'Victorian'

Pemasangan Kertas Dinding Di Bilik Air Menambahkan Ketenangan Dan Intimasi Ruang

Kertas Sempadan Dipasang Pada Dinding Atas

Kertas Dinding dan Sempadan Yang Ceria

Pemasangan Kertas Dinding Untuk Yang Bercitarasa Kontemporari


No comments:

Post a Comment