Pages

Saturday, 21 May 2011

PERCUMA: 13 Tips Rahsia Menghias

Ruang tamu dan ruang makan adalah tempat paling penting sewaktu meraikan Aidilfitri. Jesteru itu, luangkan masa untuk mengemas supaya tetamu yang bertandang berasa puas dan selesa. Untuk berjimat anda boleh melakukan kerja-kerja menghias ini sendiri atau menghubungi kami EMES Engineering Resources untuk menghias kediaman anda mengikut citarasa anda. 

Ikuti beberapa panduan mudah dan murah tetapi berkesan untuk mewujudkan suasana idaman anda.

1. Dinding: Mengecat baru. Guna warna jingga atau kuning terang untuk menceriakan ruang makan yang kurang pencahayaan. Warna gelap atau pekat menjadikan ruang lebih sejuk. Warna lembut pula mampu mencerahkan bilik dan mewujudkan suasana lebih luas. Untuk menjadikan suasana bilik lebih canggih, gunakan teknik mengecat seperti span atau kertas sempadan da stensil. Serikan dinding dengan ambal, gantungan kain beralun, bingkai gambar atau cermin.

Painting



2. Siling: Seringkali kita lupa mengenainya. Selain sentiasa membersihkan bilah kipas dan lampu, bersihkan sekali siling. Anda juga boleh menukar suasana persekitaran bilik jika dipasang siling lepa, birai emas, alang kayu atau rel dado. Teknik mengecat juga boleh digunakan atau pasangkan kertas dinding bertekstur.

A Very Stylish Plaster Ceiling Work


3. Lantai: Jika bosan dengan kemasan lantai jubin tukarlah kepada panel kayu atau berlamina kayu. Untuk lebih murah, tanggalkan beberapa jubin sediada dan ganti dengan jubin berwarna. Buat corak yang diingini. Atau pun tukar permaidani lama kepada yang baru.

Modern Mosaic Flooring


4. Pencahayaan: Anda tidak semestinya mengunakan 'chandelier' di ruang makan. Cukup sekadar lampu gantung. Atau beli sahaja terendak pelbagai warna yang ada di pasaran untuk menyarung mentol lampu. Untuk suasana lebih redup dan romantik, pasang lilin di atas meja.

Pencahayaan Ruang Yang Exclusive Dengan Penggunaan Chandelier


5. Meja Makan atau Meja Kopi: Tidak perlu beli yang baru. Hanya tukar alas meja atau balut dengan plastik berwarna. Alas fabrik seperti organza, muslin atau sheer bersulam sememangnya menarik, sekali gus merubah wajah ruang. Permukaan meja juga boleh dicat baru. Lebih menarik jika anda hias permukaan meja dengan gambar keluarga, pemandangan daun dan bunga kering, kemudian lapik sekali lagi dengan kaca sama besar ukuran permukaan meja.

Pengunaan Meja Makan Dengan Rekabentuk Yang Unik Dan Terkini

6. Kerusi: Jika kerusi kayu, cat saja dengan warna pilihan atau balut kerusi dengan fabrik dan pasangkan reben mengikut warna persekitaran. Suasana lebih berbeza jika digantikan kerusi dengan bangku.

Art Chair


7. Hiasan Meja: Perhiasan yang murah sudah mampu mengubah suasana persekitaran ruang makan. Misalnya, hiasan dinding pelbagai warna, reka bentuk dan gaya. Lilin dan pemegangnya pasti mampu memperbaharui persekitaran. Susun buah-buahan dalam mangkuk sebagai hiasan untuk menaikkan seri di atas meja atau pepenjuru kabinet.

A very simple but stylish table deco!


8. Gubahan Bunga: Tidak perlu upah pakar untuk menggubah. Bunga segar lebih cantik dan segar. Beli beberapa kuntum bunga, pastikan warnanya bersesuaian dengan dinding dan hiasan meja yang lain dan letak dalam bekas kaca telus atau sebarang bekas bersesuaian. Bunga atas meja makan tidak perlu digubah terlalu tinggi tetapi memanjang. Sebagai alternatif susun oren, pear, lemon atau buah-buahan pelbagai warna dalam mangkuk. Ini sekali gus boleh menjadi hiasan meja.


Modern and contemporary flower arrangement!!

9. Pinggan/ Mangkuk: Untuk jamuan tidak rasmi, pinggan dan cawan plastik berwarna-warni cukup menarik di susun di atas meja kopi atau meja makan. Tapi untuk jamuan rasmi, eloklah digunakan pinggan dan mangkuk porselin atau pun tembikar cina. Jangan letak terlampau banyak makanan atau barangan di atas meja makan. Hias ringkas. Tidak guna meletakkan gelas wain kerana anda tidak menghidangkan wain!!!!

Wall Of Plates


10. Aksesori Tambahan: Pokok segar boleh diletakkan di penjuru dinding ruang tamu atau ruang makan. Jika ruang bertingkap, hiasi tingkap dengan langsir nipis atau pasang bidai yang mudah ditarik dan digulung.

Additional Accessories: Living Plants


11. Sofa: Ruang makan yang besar juga boleh dilengkapi dengan satu sofa fabrik. Tidak perlu beli yang baru. Guna cadar atau alas meja yang bercorak seperti geometri, pemandangan, flora dan fauna, kekotak atau sebagainya untuk membalut sofa. Tarik bahagian penghujung sofa dan ikat dengan reben. Atas sofa letakkan kusyen kecil.

Retro Modern Sofa


12. Jika Ruang Makan Kecil: Anda boleh hias bilik tidur sebagai tempat alternatif tetamu makan dan bersantai. Katil boleh dijadikan tempat duduk . Cuma letakkan bantal  dan kusyen berwarna-warni. Jika ada balkoni lebih elok, makan di balkoni adalah satu idea yang cukup menarik. Jika anda inginkan suasana yang lebih ceria, gantung langsir warna cerah di dinding.

Small Dining Room


13. Merancang Pengubahsuaian Ruang Rumah Adalah Penting: Pastikan anda tidak terburu-buru dalam melaksanakan pengubahsuaian ruang-ruang di dalam kediaman anda. Buat kajian pasaran berhubung harga, bahan dan material pembinaan, jenis kerja yang hendak dijalankan dan semestinya pemilihan kontraktor yang terbaik untuk melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian di kediaman anda. Pastikan anda memilih kontraktor yang cekap dan berprestasi baik juga pakar dalam bidang pengubahsuaian untuk melaksanakan kerja di kediaman anda. Pastikan kerja-kerja pengubahsuaian yang anda laksanakan mencapai matlamat "BEST VALUE FOR MONEY".


EMES Engineering Resources: The Best Renovation Contractor in Town
Good Renovation Contractor




2 comments:

  1. bagus la tips ni...pe kata kalo i nak gunakan kaler turqoise? any ideas???

    ReplyDelete
  2. En. Cham nak guna color turquoise untuk aktiviti yang mana??? mengecat??? jika En. Cham seorang yang berani dan bijak mengadun warna .... mungkin turquoise adalah pilihan yang tepat untuk En. Cham

    ReplyDelete