Pages

Monday, 25 April 2011

PERCUMA: Tips Menata Ruang Tamu Terhad

Tidak banyak yang boleh dibuat untuk menghias ruang tamu berkeluasan terhad. Begitu pun, anda tetap mempunyai pilihan untuk menggayakannya.

1. Pilih perabot sempadan ruang. Tidak perlu guna perabot mengikut bilangan set, sebaliknya pilih sama ada untuk menggunakan salah satu kerusi daripada set 3+2+1. Pilih kerusi dua atau tiga tempat duduk yang boleh digayakan dengan dua kerusi lagi dari jenis kerusi berukuran kecil, sama ada jenis satu tempat duduk daripada set yang sama atau menggandingkannya dengan kerusi sampingan lain. Pengunaan perabot dwifungsi juga adalah pilihan terbaik, begitu juga dengan perabout bentuk L.


2. Ruang tamu berkeadaan tersendiri lebih mudah untuk ditata hias. Anda hanya perlu mengisikannya dengan kerusi, meja kopi dan perhiasan sudut. Penampilan yang ringkas sudah cukup. Jika perlu pun, hanya tambah unsur perhiasan dinding yang sesuai dengan bukaan dan ukuran dinding.

3. Jika ruang tamu berkongsi dengan ruang makan, pengunaan jenis dan bilangan perabot perlu disesuaikan dengan ukuran ruang. Elak menggunakan perabot tidak perlu seperti almari perhiasan, melainkan almari untuk kegunaan khusus seperti menyimpan buku atau menyorokkan peralatan tertentu.


4. Bagi ruang tamu yang berkongsi dengan tempat menonton, susun kerusi mengadap kabinet televisyen manakala meja kopi sebaik-baiknya diletakkan di tengah-tengah. Pastikan perhiasan digantung pada dinding supaya tidak nampak hambar.

5. Berhati-hati memilih tempat untuk mempamerkan perhiasan tambahan. Jika meletakkannya di ruang berdekatan kawasan lalu-lalang, kemungkinan boleh mengganggu kelancaran pergerakkan kerana terpaksa berhati-hatisupaya tidak melanggar perhiasan terbabit, apa lagi jika jenis kurang stabil atau mudah pecah. Oleh itu seelok-eloknya menempatkannya di tepi dinding.


6. Jika tinggal di pangsapuri, pengunaan sofa katil adalah idea yang menarik, berbanding mengunakan sofa biasa sebagai langkah menjimatkan ruang.

Jika anda berminat untuk melaksanakan sebarang kerja-kerja pengubahsuaian pada Ruang Tamu anda, jangan lupa menghubungi kami di Emes Engineering Resources. Selain memberikan kualiti kerja yang cemerlang dan memuaskan hati, kami juga memberikan rundingan percuma untuk anda memperolehi ruang tamu idaman anda.


Rajah: Contoh-contoh idea yang boleh  dipraktikkan dalam menata rias ruang tamu terhad anda.







1 comment:

  1. It's really awesome.....simple,nice and feel good..

    ReplyDelete